Minggu, 31 Agustus 2014

Ahlulbait Sebagai Tali Allah dan Pohon Nubuwwah



Terjemahan dari Kitab Limadha Akhtartu Madhhab Ahlul-Bait AS karya Syeikh Muhammad Mar’i al-Amin al-Antaki  [Edisi Pertama, Cetakan Halab, Syiria, 1402 H]

Selepas kajian yang mendalam, kami dapati bahawa bilangan Syi'ah hari ini lebih daripada seratus juta dan terus bertambah karena cahaya kebenarannya yang tak mungkin padam atau dipadamkan. Dan jikalaulah mereka tidak menghadapi pembunuhan, permusuhan daripada musuh-musuh mereka, serta berbagai-bagai kezaliman dan tekanan sepanjang abad-abad yang lalu, niscaya bilangan mereka hari ini sekurang-kurangnya seribu juta. Mereka berkembang di seluruh pelosok dunia, timur dan barat, utara dan selatan.

Kebanyakan mereka berada di dalam negara-negara Islam. Mereka menyebarkan dakwah Islam menurut mazhab mereka. Mereka telah melakukan perkhidmatan yang besar di mana orang-orang Islam bermegah dengan khidmat mereka. Buku-buku mereka melimpahi dunia sehingga tidak terhitung banyaknya. Untuk tujuan ini lihatlah buku al-Dahri'ah ila Tasanif al-Syi'ah karangan Syaikh Bazrak al-Tahrani. Dan ini merupakan sebahagian kecil daripada senarai buku-buku tersebut. 

Di kalangan Syi'ah terdapat para ulama Islam, Fuqaha', Failasuf dan ahli-ahli fikir. Sultan-sultan, menteri-menteri, sastrawan-sastrawan, penyair-penyair, penulis-penulis, pakar-pakar ilmu bintang, matematik, falak, arsitek-arsitek, doktor-doktor, ahli-ahli seni, dan lain-lain. Mereka memenuhi bumi Allah yang luas dengan ilmu dan amal kebajikan mereka berdasarkan disiplin dan bidang mereka masing-masing. Mereka mempunyai pusat-pusat pengajian tinggi, masjid-masjid yang besar yang dipenuhi oleh orang-orang yang datang bersembahyang, baik di Timur mahupun di Barat. Sebagai contoh Imam al-Akbar al-Sayyid Abu l-Hasan al-Musawi al-Asfahani (RH) telah membina masjid-masjid dan madrasah-madrasah secara merata di berbagai tempat di dunia. Begitu juga al-Imam al-Burujurdi (RH) telah mengantar pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia dan membina masjid-masjid di Amerika, Jerman, London dan Paris.

Lalu adakah anda benar-benar mengenali Syi'ah wahai para pencaci dan pendengki? Apa yang mendukacitakan kami adalah ketika kami tidak dapati di dalam buku-buku sirah, dan sejarah di kalangan Ahlus Sunnah selain daripada cacian, malah pengkafiran terhadap Syi'ah secara terang-terangan. Kenapa? Sebabnya karena mereka (Syi'ah) adalah Musyrikin di mata waham dan prasangka tanpa hujjah mereka! Begitulah ditulis di dalam buku al-Sawa'iq am-Muhriqah (petir-petir yang membakar) oleh Ibn Hajr al-Haithami. Semoga Allah membakar penulisnya di akhirat kelak. Jika dikatakan kerana mereka tidak hadir sembahyang Juma'at dan jama'ah, ini adalah tuduhan yang besar. Adakah harus mengkafirkan muslim yang meninggalkan Juma'at dan jama'ah wahai Muslimun? 

Sebab-sebab yang mendorong kami berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS.

[1] Aku fikir beramal dengan mazhab Ahlu l-Bait AS diberi ganjaran yang sewajarnya di samping mendapat kebersihan jiwa tanpa sebarang syak dan waham. Terelebih lagi ramai di kalangan ulama Ahlus Sunnah yang terdahulu dan sekarang telah memberi fatwa-fatwa mereka tentang keharusan berpegang kepada mazhab Syi'ah Ja'fariyyah seperti sahabat kami Syaikh al-Akbar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu l-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina l-Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kairo, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:

"Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana pun yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu , diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain –yang manapun juga- dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....." 

Kemudian dia berkata lagi: "Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti jgua mazhab-mazhab yang lain...." 

"Kaum Muslimin seharusnya paham dan mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) –kelompok nashibi- dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran...." 

[2] Dalil-dalil yang kuat dan hujjah-hujjah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan kami bahwa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah SAWAW dari Jibrail AS dari Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT. 

[3] Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait, mereka adalah pohon kenabian dan tempat lalu-lalangnya wahyu dan hidayah, sehingga mereka para ahlul-bait lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah). 

[4] Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang mendukung dan membenarkan mazhab kami dan kami akan menerangkannya kepada kalian di kesempatan lain (dalam kitab ini).

[5] Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi SAWAW yang menunjukkan  kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Sila lihat buku kami Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) khususnya dialog keempat. Tentu hal demikian akan memuaskan hati Anda jika anda orang yang insaf dan waras. Jiika tidak, keuzuran Anda adalah disebabkan kejahilan dan fanatisme buta Anda sendiri. (Bersambung




Tidak ada komentar:

Posting Komentar